Sunday 21 August 2011

Bagaimana mencari ketenangan jiwa?





Ertinya :

Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak mendatangkan mudharat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Penawar Racun


Sekiranya beramal dengan tulus ikhlas serta yakin kepada Allah dengan mengikut petua dan cara-caranya maka segala makanan dan minuman yang beracun akan jadi tawar dan tiada memberi kesan.

Cara-cara beramal ialah:

Mula-mula duduk bersila dan kedua-dua tangan lurus di letakkan di atas kepala lutut sambil mengenggam (macam mengenggam penumbuk) tarik nafas serta di baca di dalam hati ”Bismillahirohmanirrohim” 7 kali dengan satu nafas, kemudian di lepaskan nafas serta kedua-dua tangan di buka dengan serentak.

Selepas itu di buat semula menarik nafas serentak dengan mengenggam penumbuk sambil membaca di dalam hati (Bismillahirohmanirrohim) 7 kali. Dan di lepaskan semula macam cara tadi. Ini di lakukan sebanyak 3 kali menjadikan bacaan (Bismillahirohmanirrohim) 21 kali.

Selepas itu angkat kedua-dua tangan ke paras dada (cara doa). Dirapatkan tangan, temukan kedua-dua jari kelingking, dua ibu jari dirapatkan ke dalam tapak tangan, muka tunduk memandang tangan sambil membaca:






Di baca 3 kali kemudian kedua-dua tangan di sapu ke muka.

Cara-cara bila menghadapi makanan atau minuman yang di curigai mengandungi racun :

Baca ayat tersebut di dalam hati sekali kemudian pegang gelas minuman, sekiranya ada racun maka minuman tersebut tidak ada bayang-bayang, juga gelas atau cawan tersebut akan pecah bila sahaja di pegang. Jika sekiranya minuman tersebut masih ada bayang-bayang atau cawan tiada juga pecah, jika terus di minum racun tersebut akan jadi tawar (penawar), begitu juga pada makanan yang beracun nescaya tiada memberi mudarat.

Amalan biasa:

Selain daripada jadi penawar racun, ayat ini juga jika di amalkan, di baca pada pagi dan petang sebanyak 3 kali atau 6 kali atau 100 kali. Ia berkhasiat melapangkan fikiran dan ketenangan jiwa. Juga tiada mendatangkan mudharat atau sebarang kemudharatan kepada diri kita. Kalau untuk perbuatan mengurut, anggota yang patah atau terkehel hendaklah menggunakan minyak kelapa yang telah dipakai, urutkan tempat yang sakit sambil membaca ayat ini.

Sumber: http://alivewire.wordpress.com/2007/06/11/penawar-racun/


Saturday 20 August 2011

video penggunaan Al-Quran Read Pen


lebih lanjut : http://www.wholesalequran.com/page/hop.php?ref=nurinamni

Apakah maksud istidraj ??


Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj.
Rasullulah s.a.w. bersabda :" Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT ".
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi).

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam

Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja. Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. 
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. 

Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong. Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.

Manusia istidraj

Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong".

Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan cuba melawan api. 
Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.

Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia. 

Namrud
, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang telinganya.

Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.

Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang/mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? 

Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. 
Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari. Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. 

Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.

Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.



Banyakkkan membaca Al-Quran di bulan Ramadhan


Bulan Ramadhan, dikenal juga dengan ‘Bulan Al Qur’an’ karena pada bulan inilah AlQur’an diturunkan
Allah Ta’ala berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنزِلَ فِيهِ الْقُرْءَانُ هُدًى لِّلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ
“(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan-penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda (antara yang hak dan yang batil).” Qs Al Baqarah : 185
Bersungguh sungguhlah untuk memperbanyak bacaan Al-Quran yang penuh berkah, terutama pada bulan ini, bulan diturunkannya Al-Qur’an. pembacaan AlQu’an pada bulan ini memiliki keistimewaan tersendiri. Dahulu Jibril mendatangi dan mengajarkan Al-Qur’an kepada Nabi shalallahu ‘alayhi wa sallam setiap tahun sekali pada bulan ramadhan. Pada tahun wafatnya Rasulullah shalallahu ‘alayhi wasallam Jibril mendatangi dan mengajarkan Al-Qur’an kepada beliau sebanyak dua kali untuk mengokohkan dan memantapkannya.
Para salafus shaalih rahimahumullah memperbanyak membaca AlQur’an pada bulan ramadhan, baik di dalam maupun di dalam shalat. Berikut ini adalah beberapa contohnya.
Imam az-zuhri rahimahullohu berkata, pada saat memasuki bulan ramadhan, “Ini adalah bulan pembacaan AlQur’an dan pemberian makanan.”
Ketika memasuki ramadhan, Imam malik rahimahulloh meninggalkan pembacaan hadits dan majelis majelis ilmu lalu beliau memfokuskan diri untuk membaca AlQur’an dengan memakai mushaf.
Qatadah selalu mengkhatamkan Qur’an setiap tujuh malam, namun pada bulan Ramadhan, beliau mengkhatamkan Al-Quran dalam tiga hari, bahkan pada sepuluh malam terakhir, beliau mengkhatamkannya setiap malam.
Ibrahim an Nakha’i rahimahullah menkhamkan Al-Quran setiaptiga malam da pada sepuluh malam terakhir beliau mengkhatamkannya tiap dua malam.
Adapun Al-Aswad rahimahulloh, beliau membaca seluruh ayat alQur’an setiap duahari pada setiap bulan.
Maka, jadikanlah orang orang pilihan tersebut sebagai teladan kalian. Ikutilah jalan mereka dan pergunakanlah kesempatan pada waktu siang dan malam dengan sebaik baiknya untuk mendekatkan diri kalian kepada Yang maha Perkasa lagi maha Pengampun.Ketahuilah, umur itu hilang dengan cepat dan waktu itu akan sirna seluruhnya, seolah olah hanya sekejap mata saja.
Ya Allah, berilah karunia kepada kami untuk dapat membaca kitabMu sesuai dengan cara yang Engkau Ridhai dari kami. Dengannya tunjukkanlah kami jalan jalan keselamatan dan keluarkanlah kami dari kegelapan kepada cahaya. Wahai pemilik dan Pengatur alam Semesta, jadikanlah ia sebagai hujjah yang memperkuat kami, bukan hujjah yang mencelakakan kami.
Disalin dari Majelis Bulan Ramadhan – Syaikh Muhammad bin Shalih al- Utsaimin -rahimahulloh-, Pustaka Imam Syafi’i

Tiga amalan Nabi 10 malam terakhir


DALAM satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah dikatakan bahawa: "Barang siapa yang mendirikan Lailatul Qadar dengan iman dan ketakwaan, maka Allah akan menghapuskan semua dosanya yang berlalu."

Mendirikan malam al-Qadar bermakna mengisi malam itu dengan pelbagai ibadat dan menjauhkannya daripada semua perbuatan maksiat hingga ia benar-benar menjadi malam yang penuh kebaikan dan keberkatan.

Ada beberapa amalan yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan sahabat pada malam-malam akhir Ramadan untuk mengisi Lailatul Qadar. Antaranya:


  • Mandi, berpakaian indah dan berharum-haruman

    Diriwayatkan oleh Ibnu Abi `Asim bahawa Huzaifah pernah mengerjakan qiyam Ramadan bersama Rasulullah dan melihat bahawa Baginda mandi pada malam itu. Ibnu Jarir pula berkata bahawa sahabat menyukai mandi pada malam-malam akhir Ramadan.

    Demikian pula beberapa riwayat daripada sahabat seperti Anas bin Malik dan ulama pada masa Tabi'in menyatakan bahawa mereka akan mandi, memakai baju indah dan berharum-haruman apabila berada pada akhir Ramadan.
    Apa yang dilakukan oleh Rasulullah, sahabat dan Tabi'in ini adalah satu upaya untuk menyambut dan meraikan kedatangan Lailatul Qadar, sambil berdoa mendapatkan keampunan dan keberkatan malam itu.




  • Melaksanakan solat sunat, iktikaf dan membaca al-Quran.

    Imam Bukhari dan Muslim meriwayatkan satu hadis daripada Aishah, bermaksud: “Adalah Rasulullah apabila telah masuk 10 akhir daripada Ramadan, maka Baginda akan menghidupkan malam-malamnya, membangunkan keluarganya dan mengikat pinggangnya.”

    Sahabat dan ulama berbeza pendapat dalam memberi penafsiran terhadap hadis di atas. Tetapi, mereka bersepakat bahawa Rasulullah melebihkan ibadatnya pada 10 malam yang terakhir Ramadan.
    Ibadat yang biasa dilakukan pada malam Ramadan adalah solat Tarawih dan Witir serta membaca al-Quran. Dalam salah satu hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dari Amru bin `Ash bermaksud: “Barang siapa yang solat pada malam Ramadan dan membaca 10 ayat daripada al-Quran maka dia tidaklah dicatat sebagai orang yang lalai.”

    Mengerjakan solat dan membaca al-Quran pada pada malam yang akhir ini sangat penting hingga dalam salah satu riwayat dikatakan bahawa Rasulullah melakukan solat pada malam Ramadan dan membaca al-Quran dengan tertib.

    Baginda tidak akan melalui ayat rahmat terkecuali berharap agar Allah memberikan rahmat itu dan tidak melalui ayat azab terkecuali bermohon perlindungan daripada Allah daripada azab itu.

    Solat berjemaah juga sangat diutamakan pada malam akhir Ramadan hingga Imam Malik dan Imam Syafie berkata: “Siapa yang solat Isyak dan Subuh berjemaah pada malam al-Qadar, dia telah mengambil bahagiannya daripada malam itu.” Ertinya orang yang mengerjakan solat Isyak dan Subuh saja dianggap telah mendapat sebahagian daripada Lailatul Qadar, apa lagi mereka mengisinya dengan amalan lain sepanjang malam itu.

    Selain solat dan membaca al-Quran, 10 akhir Ramadan ini biasanya diisi oleh Rasul dengan beriktikaf di masjid dan tidak tidur bersama isteri-isterinya. Ini berdasarkan hadis Aishah yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, bermaksud:”Bahawa Rasulullah beriktikaf pada 10 hari akhir sampai Baginda wafat.”




  • Memperbanyak doa.

    Rasulullah bersabda doa adalah otak segala ibadat. Doa juga kunci daripada semua ibadat. Aishah diperintahkan oleh Rasulullah untuk memperbanyak doa pada 10 malam terakhir Ramadan.

    Dalam satu hadis daripada Aishah diriwayatkan at-Tirmizi, Aishah diajar oleh Rasulullah membaca doa pada malam al-Qadar.

    Ulama bersepakat bahawa doa yang paling utama pada malam al-Qadar adalah doa yang meminta keampunan dan kemaafan daripada Allah. Perkara ini seperti doa yang diajarkan Rasulullah kepada Aishah. Doanya berbunyi: “Allahumma innaka afuwun tuhibbul afwa fa' fu anni (maksudnya, Ya Allah, sesungguhnya Engkaulah Maha Pengampun, yang suka Maha Mengampun, maka ampunilah aku ini).”

    Pada malam itu Allah akan mengabulkan semua permohonan dan doa, terkecuali terhadap empat golongan manusia. Ibnu Abbas berkata: “Semua doa pada malam itu diterima terkecuali doa orang meminum arak, anak yang derhaka kepada ibu bapa, orang yang selalu bertengkar dan mereka yang memutuskan silaturahim.”







  • Monday 15 August 2011

    Bagaimana Mendapatkan Malam Lailatul Qadar ?


    Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:

    “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dgn penuh keimanan dan
    mengharap pahala dari Allah maka
    diampuni dosa-dosa yg telah lalu.” (HR.
    Bukhari (4/217) dan Muslim (759))

    Disunnahkan utk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan
    dari Sayyidah ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha bahwa dia berta “Ya Rasulullah apa
    pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi) apa yg harus aku
    ucapkan?” Beliau menjawab”

    “Ucapkanlah Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yg meminta
    ampunan maka ampunilah aku.” (HR. Tirmidzi (3760) Ibnu Majah (3850) dari
    ‘Aisyah sanad shahih)

    Dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anha:

    “Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam apabila masuk pada sepuluh hari
    (terakhir bulan Ramadhan) beliau mengencangkan kain
    menghidupkan malam dan
    membangunkan keluarganya
    .” (HR. Bukhari (4/233) dan Muslim (1174))

    Juga dari ‘Aisyah dia berkata:

    “Adalah Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam bersungguh-sungguh (beribadah
    apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir) yg tak pernah beliau lakukan
    pada malam-malam lainnya.” (Muslim (1174))


    Tanda-Tanda Malam Lailatul Qadar
    Ketahuilah hamba yg taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dgn ruh dari-
    Nya dan membantu dgn pertolongan-Nya- sesungguh Rasulullah Shallallahu
    ‘alaihi wasallam menggambarkan pagi malam Lailatul Qadar agar seorang muslim
    mengetahuinya.

    Dari ‘Ubai Radhiyallahu ‘anhu ia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam
    bersabda:

    Pagi hari malam Lailatul Qadar matahari terbit tak menyilaukan seperti bejana
    hingga meninggi.
    ” (Muslim (762))

    Dari Abu Hurairah Radhiyallahu ‘anhu ia berkata kami menyebutkan malam
    Lailatul Qadar di sisi Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wasallam dan beliau bersabda:

    “Siapa di antara kalian yg ingat ketika terbit bulan seperti syiqi jafnah.” (Muslim
    (1170 /Perkataan syiqi jafnah syiq arti setengah jafnah arti bejana. Al Qadhi
    ‘Iyadh berkata “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya
    terjadi di akhir bulan krn bulan tak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di
    akhir-akhir bulan.”)

    Dan dari Ibnu Abbas Radhiyallahu ‘anhuma ia berkata Rasulullah Shallallahu ‘alaihi
    wasallam bersabda:

    (Malam) Lailatul Qadar adl malam yg indah cerah tak panas dan tak juga dingin
    (dan) keesokan hari cahaya sinar matahari melemah kemerah- merahan.” 
    (Thayalisi (394) Ibnu Khuzaimah (3/231) Bazzar (1/486) sanad hasan).

    kenapa tidak mahu membaca Al-Quran?


    Pertama :
    Tak pandai baca. Itu sebab paling asas. Kenapa tak baca Al-Quran? Jawabnya sebab saya tak reti baca. Sepatutnya tak reti baca, belajarlah supaya pandai baca. Tetapi dibiarkan sahaja ketidakpandaian itu sampai ke sudah. Jadi, Al-Quran tidak di baca.
    Kedua :
    Maka sebab kedua adalah malas belajar untuk membaca Al-Quran. Bila kita belajar, bukan sahaja kita boleh reti baca, bahkan juga kita akan terdedah kepada kecantikan dan keindahan Al-Quran itu yang mana akan diterangkan satu per satu oleh guru kita. Tetapi bila malas belajar?
    Ketiga :
    Dari situ, kita dapati sebab ketiga adalah tiada minat untuk mempelajari Al-Quran. Term ‘mempelajari’ itu luas sebenarnya. Bukan saja belajar tajwid Al-Quran, bahkan sehingga kepada tahap liuk lenggok bahasa Al-Quran yang begitu memukau para pendengarnya ( kalau faham ). Nak faham , kenalah belajar. Bagaimana nak belajar kalau tidak ada minat? Pusing2, ke situ jugak. Jadi Al-Quran tidak dibaca.


    Keempat :
    Tidak tahu apa faedahnya. Seolah2 begini ; kalau saya baca Al-Quran pun..apa saya dapat..? Jangan tak percaya. Memang ramai orang berfikiran begitu hari ini. Susahnya sebab ganjaran ataupun faedah itu sifatnya ghaib, tak nampak dan diberikan di hari akhirat. Kalau setiap kali baca Al-Quran jatuh duit dari langit, sudah tentu ramai manusia yang akan bersungguh2 baca Al-Quran. Baik, saya ceritakan faedahnya.

    ya, kadang-kadang kita malu untuk akui kesilapan mahupun kekurangan diri kita sendiri . tapi ingatlah, hal yang berkaitan dengan akhirat, kita tidak dapat lari daripadanya. sekirannya kita tidak bertindak dari sekarang, bagaimana dengan bekalan yang ada untuk kita bawa pada hari akhirat kelak? 


    jika di dunia kita mewah dengan harta kekayaan yang melimpah ruah , kita disanjung bagai nak rak , namun sebenarnya kita miskin dan hina sebagai hamba Allah ! jangan di banggakan sangat dengan harta dunia yang tidak membawa ke liang lahad itu ! 


    sebaliknya, kita lebih mulia jika kita seimbangkan hal dunia dan akhirat supaya kita kaya di dunia dan juga selamat serta mewah di akhirat kelak.