Sunday 21 August 2011

Bagaimana mencari ketenangan jiwa?





Ertinya :

Dengan nama Allah yang dengan nama itu tidak mendatangkan mudharat sesuatu pun sama ada di langit atau di bumi dan Dialah Allah yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Penawar Racun


Sekiranya beramal dengan tulus ikhlas serta yakin kepada Allah dengan mengikut petua dan cara-caranya maka segala makanan dan minuman yang beracun akan jadi tawar dan tiada memberi kesan.

Cara-cara beramal ialah:

Mula-mula duduk bersila dan kedua-dua tangan lurus di letakkan di atas kepala lutut sambil mengenggam (macam mengenggam penumbuk) tarik nafas serta di baca di dalam hati ”Bismillahirohmanirrohim” 7 kali dengan satu nafas, kemudian di lepaskan nafas serta kedua-dua tangan di buka dengan serentak.

Selepas itu di buat semula menarik nafas serentak dengan mengenggam penumbuk sambil membaca di dalam hati (Bismillahirohmanirrohim) 7 kali. Dan di lepaskan semula macam cara tadi. Ini di lakukan sebanyak 3 kali menjadikan bacaan (Bismillahirohmanirrohim) 21 kali.

Selepas itu angkat kedua-dua tangan ke paras dada (cara doa). Dirapatkan tangan, temukan kedua-dua jari kelingking, dua ibu jari dirapatkan ke dalam tapak tangan, muka tunduk memandang tangan sambil membaca:






Di baca 3 kali kemudian kedua-dua tangan di sapu ke muka.

Cara-cara bila menghadapi makanan atau minuman yang di curigai mengandungi racun :

Baca ayat tersebut di dalam hati sekali kemudian pegang gelas minuman, sekiranya ada racun maka minuman tersebut tidak ada bayang-bayang, juga gelas atau cawan tersebut akan pecah bila sahaja di pegang. Jika sekiranya minuman tersebut masih ada bayang-bayang atau cawan tiada juga pecah, jika terus di minum racun tersebut akan jadi tawar (penawar), begitu juga pada makanan yang beracun nescaya tiada memberi mudarat.

Amalan biasa:

Selain daripada jadi penawar racun, ayat ini juga jika di amalkan, di baca pada pagi dan petang sebanyak 3 kali atau 6 kali atau 100 kali. Ia berkhasiat melapangkan fikiran dan ketenangan jiwa. Juga tiada mendatangkan mudharat atau sebarang kemudharatan kepada diri kita. Kalau untuk perbuatan mengurut, anggota yang patah atau terkehel hendaklah menggunakan minyak kelapa yang telah dipakai, urutkan tempat yang sakit sambil membaca ayat ini.

Sumber: http://alivewire.wordpress.com/2007/06/11/penawar-racun/


No comments:

Post a Comment