Monday 15 August 2011

kenapa tidak mahu membaca Al-Quran?


Pertama :
Tak pandai baca. Itu sebab paling asas. Kenapa tak baca Al-Quran? Jawabnya sebab saya tak reti baca. Sepatutnya tak reti baca, belajarlah supaya pandai baca. Tetapi dibiarkan sahaja ketidakpandaian itu sampai ke sudah. Jadi, Al-Quran tidak di baca.
Kedua :
Maka sebab kedua adalah malas belajar untuk membaca Al-Quran. Bila kita belajar, bukan sahaja kita boleh reti baca, bahkan juga kita akan terdedah kepada kecantikan dan keindahan Al-Quran itu yang mana akan diterangkan satu per satu oleh guru kita. Tetapi bila malas belajar?
Ketiga :
Dari situ, kita dapati sebab ketiga adalah tiada minat untuk mempelajari Al-Quran. Term ‘mempelajari’ itu luas sebenarnya. Bukan saja belajar tajwid Al-Quran, bahkan sehingga kepada tahap liuk lenggok bahasa Al-Quran yang begitu memukau para pendengarnya ( kalau faham ). Nak faham , kenalah belajar. Bagaimana nak belajar kalau tidak ada minat? Pusing2, ke situ jugak. Jadi Al-Quran tidak dibaca.


Keempat :
Tidak tahu apa faedahnya. Seolah2 begini ; kalau saya baca Al-Quran pun..apa saya dapat..? Jangan tak percaya. Memang ramai orang berfikiran begitu hari ini. Susahnya sebab ganjaran ataupun faedah itu sifatnya ghaib, tak nampak dan diberikan di hari akhirat. Kalau setiap kali baca Al-Quran jatuh duit dari langit, sudah tentu ramai manusia yang akan bersungguh2 baca Al-Quran. Baik, saya ceritakan faedahnya.

ya, kadang-kadang kita malu untuk akui kesilapan mahupun kekurangan diri kita sendiri . tapi ingatlah, hal yang berkaitan dengan akhirat, kita tidak dapat lari daripadanya. sekirannya kita tidak bertindak dari sekarang, bagaimana dengan bekalan yang ada untuk kita bawa pada hari akhirat kelak? 


jika di dunia kita mewah dengan harta kekayaan yang melimpah ruah , kita disanjung bagai nak rak , namun sebenarnya kita miskin dan hina sebagai hamba Allah ! jangan di banggakan sangat dengan harta dunia yang tidak membawa ke liang lahad itu ! 


sebaliknya, kita lebih mulia jika kita seimbangkan hal dunia dan akhirat supaya kita kaya di dunia dan juga selamat serta mewah di akhirat kelak.





No comments:

Post a Comment