Monday 15 August 2011

Ganjaran membaca Al-Quran


Membaca Al-Quran tidak rugi ,malah ganjarannya amat besar sekali. cuba anda baca ganjaran- ganjaran ini : 
Pertama 
Hadith Nabi saw yang menceritakan tentang ganjaran orang yang baca Al-Quran. Sabda Nabi s.a.w :
Maksudnya ; sesiapa yang membaca satu huruf ( sahaja ) dari Al-Quran , maka akan diberikan 1 pahala. Dan 1 pahala tersebut akan digandakan pula kepada 10 pahala. Aku tidak mengatakan Alif, Laam, Miim sebagai satu huruf. Tetapi Alif itu satu huruf, Laam itu satu huruf, Miim itu satu huruf.

Lihatlah , berapa pahal yang berlipat ganda sekiranya anda membaca paling kurang 5 ayat Al-Quran paling kurang dalam sehari . cuba anda kira dengan kalkulator , sambil baca Al-Quran , anda kira berapa banyak huruf dalam 1 ayat . setiap huruf itu anda mandapat 10 pahala ! MashaAllah! itu baru itu baru satu ayat . paling malas pun , bagaimana jika kita habiskan 1 helai muka surat sehari? 1 juzuk? 30 juzuk ?

maka dalam bulan puasa ini pahala anda mungkin akan berlipat-lipat kali ganda jika anda menggandakan pembacaan Al-Quran dari bulan-bulan sebelumnya..pada mereka yang tidak mahu rebutkan pahala Allah, pahala yang senang dapat ni memang akan di siakan begitu sahaja. tapi kalau dapat komik, novel cinta , sehari beratus-ratus muka surat tu tak ada masalah langsung.


Kedua 

membaca dan mendengarkan Al-Quran.

ikuti cerita ;
suatu ketika, seseorang datang kepada Ibnu Mas'ud, salah seorang sahabt Rasulluah. dia mengeluh ,
:wahai Ibnu Mas'ud , nasihatilah aku dan berilah aku ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak " . Ibnu Mas'ud menjawab, " kalau penyakit itu yang menimpamu , maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat .

Pertama, tempat orang membaca Al-Quran . Engkau baca Al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya. . 
kedua, engkau pergi ke masjid pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi . disana , engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah.

nasihat sahabat Nabiitu segera dilaksanakan orang itu .Apabila sampai dirumah, segera dia berwuduk, kemudain diambilnya Al-Quran dan dibacanya denagn penuh kusyuk . selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikrannya segar, hidupnya terasa baik kembali.

padahal dia baru laksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulluah itu.


No comments:

Post a Comment